"Seputar bulan Muharram ini banyak manusia memperingati peristiwa besar, iaitu hijrah Nabi ﷺ dari kota Mekkah menuju ke kota Madinah. Dalam hal ini, istilah hijrah mengandungi dua makna iaitu hijrah Hissiyah dan hijrah Ma’nawiyyah. Adapun Hijrah Ma’nawiyyah adalah manusia meninggalkan kemaksiatan dan bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya, berubah dengan cara kehidupan yang baru dan menuju jalan kehidupan yang baru yang membawanya, dengan tekad kuat, usaha keras dan amal-amal kebajikan. Inilah yang dinamakan dengan hijrah ma’nawiyyah. Nabi ﷺ menunjukkan hal ini pada Hadits Shahih yang menyebutkan: “Seorang muslim adalah yang menjadikan kaum muslimin aman dari lisan dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah adalah orang yang berhijrah dari apa-apa yang dilarang Allah atasnya. Adapun Hijrah Hissiyah adalah berpindahnya manusia dari suatu tempat ke tempat lain, iaitu berpindahnya manusia dari tempat kekufuran dan kesyirikan menuju ke tempat yang Islami."
-Sulthonul Ulama Habib Salim Abdullah Asy-Syatiri رحمه الله تعالى
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Tidak ada komentar:
Posting Komentar